Daisypath Vacation tickers

Friday, 29 June 2012

PHOTOSHOOT DI TANJUNG BIRU..??!!



Assalamualaikum....

Entry kali ni saje2 nak kongsi dgn korang mengenai Tanjung Biru... Sebenarnya, aku pon tak tahu sangat pasal tempat ni..

Tapi, kalau korang ase nak photoshoot pemandangan waktu senja, boleh laa datang ke sini..!!!
Aku pon just snap beberapa pic untuk buat koleksi peribadi...hik3...



Welcome to Tanjung Biru..!!


Banyak signboard supaya pengunjung tak sesat..



Tengok kat hujung sana, ramai tak pengunjung..??



Saje aku je posing kat sini..


tengah fikir masa depan..



Merenung jauh ke arah laut..


Menarik nye pemandangan kat sini...


Sape laa yang termenung kat bawah tu..!!


Indah nya alam ciptaan Allah..


Masa ni hampir pukul 7..matahari pon dah nak tenggelam..


      PESANAN RINGKAS...

1- 44% Off 2D1N stay for 2 persons in Deluxe Queen room @ CUBE Boutique Hotel, near Bukit Bintang (Kuala Lumpur). Only RM90 instead of RM160.. @myimart >>>TEKAN SINI..!!

2-Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai oleh Allah.. Blog cinta ISLAM terbaik di Malaysia>>>

3-Do you like shopping? MEGA Bloks | Shop | MEGA Brands brings to you more brands..>>>
TEKAN SINI..!!

4-Search a new car?? New brand?? motortrader give to you more choices and more brands..>>>
TEKAN SINI..!!


APA YANG MENARIK DI TANJUNG TUAN..???



Assalamualaikum...
  
Sejak abis exam ni, rajin sangat aku nk update blog...kali ni entry aku nk update masa aku pergi kat Tanjung Tuan masa semester 1...dah lama dah tapi baru ada masa nak update...
Apa yang korang tahu tentang Tanjung Tuan..???

Sebenarnya destinasi ini menyimpan banyak tarikan yang bersifat akademik, lasak dan berorientasikan keluarga....


Nampak tak signboard tu..???


  
kereta kebal ni nampak menarik jerr....


Ketika aku menyusur laluan dalam kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan untuk sampai ke Rumah Api, rasa macam pergi trackking masa zaman sejarah tahu tak??? lasak pon terasa jugak!!

Sebelum tiba di rumah api tersebut, korang boleh menyaksikan beberapa telaga usang, bekas tapak kaki Hang Tuah, pantai tersembunyi yang indah serta lereng-lereng bukit yang mencabar fizikal.


Tengok laa laluan yang agak misteri ni...Cuba korang jalan2 pada waktu malam..!!



apa motif aku amik pic kayu balak ni..???


Kalau korang rasa nak tengok keajaiban air mata air yang mengalir dari rekahan batu tebing pantai, di sini ia boleh ditemukan dan diminum terus!

Setibany di puncak bukit, korang dengan mudahnya mengenal pasti sebuah rumah api yang juga dikenali dengan nama Rumah Api Cape Rachado.
Tapak rumah api yang pernah musnah akibat perang yang meletus pada abad ke-16 ini boleh dikelilingi untuk melihat pemandangan laut yang luas.




Ni laa Rumah Api..!!

























Korang rasa air kat celah2 batu ni boleh minum tak..???


Cantik kan permandangan ni...!!


Best nyerr kalau dapat berkayak...!!


Alangkah seronoknya kalau dapat mandi>>!!! 



Menikmati alam ciptaan ALLAH...



Pic last menunnjukkan aku dah nak balik..!!!






PESANAN RINGKAS  


1- 44% Off 2D1N stay for 2 persons in Deluxe Queen room @ CUBE Boutique Hotel, near Bukit Bintang (Kuala Lumpur). Only RM90 instead of RM160.. @myimart >>>TEKAN SINI..!!

2-Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai oleh Allah.. Blog cinta ISLAM terbaik di Malaysia>>>

3-Do you like shopping? MEGA Bloks | Shop | MEGA Brands brings to you more brands..>>>
TEKAN SINI..!!

4-Search a new car?? New brand?? motortrader give to you more choices and more brands..>>>
TEKAN SINI..!!






Thursday, 28 June 2012

WORDLESS THURSDAY...^1--^ ENDING OF SEMESTER TWO (2)

     





PESANAN RINGKAS

1- 44% Off 2D1N stay for 2 persons in Deluxe Queen room @ CUBE Boutique Hotel, near Bukit Bintang (Kuala Lumpur). Only RM90 instead of RM160.. @myimart >>>TEKAN SINI..!!

2-Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai oleh Allah.. Blog cinta ISLAM terbaik di Malaysia>>>TEKAN SINI..!!

3-Do you like shopping? MEGA Bloks | Shop | MEGA Brands brings to you more brands..>>>TEKAN SINI..!!

4-Search a new car?? New brand?? motortrader give to you more choices and more brands..>>>TEKAN SINI..!!

Wednesday, 27 June 2012

JALAN-JALAN DI BANDAR I-CITY


Assalamualaikum..


hmmm...dh lama x update blog....ni disebabkan cbuk memanjang..haaa exam pon baru abis ari ni.....
entry kali ni rasanya nak tnya korang prnah prgi Bandar i-City x???

i-City merupakan bandar cahaya digital yang terindah di Malaysia...ia nya terletak di Seksyen 7, Shah Alam.. agak sesat jugak aku sebelum tiba ke sini...


tak banyak gmbar yg aku snap sebab masa yg cemburukan aku..jadi, aku ada masa setengah jam je kat sini,,,



cantik tak pokok ni..?? mcm pokok ceri...


teruja dgn pokok ni...



makin terserlah suasana pada waktu malam...ada 2 ekor lembu di hujung sana...!!



saje snap pic kat bangau2 ni...



nak masuk snow walk, tapi.....tak cukup masa..!!!



best dapat bersandar kat gajah ni...nasib baik dia x pijak!!



paling suka panda2 ni...comel kan???



masa ni kat kaki dinosaur, nasib baik dia tak bergerak...



pic last m'gambarkan aku keletihan...



Info

i-City memiliki status Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dianugerahkan status Taman Antarabangsa oleh kerajaan Selangor.

* Mengambil model daripada Clarke Quay, Singapura.

* Terkenal sebagai bandar lampu digital dan juga destinasi pelancongan di Malaysia yang menggunakan teknologi lampu LED canggih.

Bandar komersial integrasi dengan kos pembangunan RM2 bilion, dilengkapi 20 megabit sesaat hubungan jalur lebar.

* Kira-kira 5,000 pelawat berkunjung setiap malam dan bilangan itu bertambah kepada 10,000 pengunjung pada hujung minggu.

* Untuk keterangan lanjut, hubungi i-City di talian 03-5521 8800 atau layari web 
http://i-city.my/



P/S : sampai sini je entry kali ni...baru balik exam....nak tdow...!!!

Monday, 7 May 2012

TRIP TO MALACCA PART THREE (3)


Assalamualaikum...

      Ni aku nak sambung trip aku yang part 3 pulak...Ni part yang last bagi trip aku ke 
Melaka...So, ni je yang aku dapat update untuk korang...

Setelah hampir satu jam aku di sini, aku memutuskan untuk meneruskan perjalanan aku ke tempat lain pula...Tapi, sebelum keluar daripada kawasan muzium ni,apa kata kita singgah sekejap kat taman bunga ataupun lebih dikenali sebagai taman larangan pada zaman tersebut. Ianya terletak di luar muzium tersebut iaitu berhadapan dengan pintu muzium. Penat ahhhhh banyak berjalan ni...Lenguh kaki...Kat sini aku mendapat sedikit info berkaitan taman ini, Kalau korang nak tahu, berdasarkan catatan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan Kelantan pada abad ke-16 dikenali dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Sebab tu sesetengah pihak mengatakan perkembangan landskap di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka kira-kira sekitar abad ke-14 dan ke-15. Oleh yang demikian, maka wujudlah landskap di mana hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di Tanah Melayu yang memperkenalkan juga konsep rekreasi dan kawasan awam.



 Tengok laa bunga kebangsaan kite nie...Bunga Raya..!!! Warna merah tu memikat..!!


Nampak macam taman larangan betul kan..???


Ni aku tak taw bunga ape..snap gmbar bunga ni pun sebab bunga ni menarik & warna kuning terang..!!!



Sebenarnya, aku keletihan..,, tapi nk jgk amik gmbar kat air terjun kecik ni..!!


gaya aku mcm org dah tak larat..!!kuat sangat berjalan dari tadi..!!


Setelah keluar daripada muzium, aku terus menuju ke Memorial Pengisytiharan 
Kemerdekaan yang terletak di luar pintu utama kawasan muzium. Memorial ini mempunyai sejarah yang tersendiri..Kalau nak tahu, baca laa sejarah yang aku tulis ni...
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan  dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Julai 1985. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai.  Penubuhan memorial ini bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah yang silih berganti. Perjuangan yang bermula seawal tahun 1511 mengambil masa selama 446 tahun dan diakhiri dengan pengisytiharan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Memorial ini mengimbau sejarah perjuangan kemerdekaan dengan memaparkan pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah dan cop mohor serta bahan-bahan artifak yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Terdapat juga kereta yang digunakan semasa perarakan sambutan merdeka 1957 serta 2
 buah kereta perisai yang digunakan semasa darurat yang dipamerkan di bahagian luar 
bangunan memorial. Bangunan ini terletak betul-betul berhadapan dengan Padang Bandar 
Hilir Melaka iaitu tempat di mana Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh
 kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdeka dari London. Peristiwa yang berlaku 
pada tanggal 20 Februari 1956 merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan 
kemerdekaan negara.  Kalau korang teringin sangat nak tengok keris yang dijulang oleh 
Tunku Abdul Rahman semasa mengisytiharkan tarikh kemerdekaan, 
Datanglah ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini....!!!


Ni laa Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan..!!!




Ni mungkin kereta yang digunakan semasa perarakan tu..!!



 Ni kereta perisai yang digunakan semasa darurat...

Selepas itu, aku terus menuju ke Dataran Pahlawan yang terletak berhadapan dengan 
bangunan memorial tadi. Kita tengok apa yang ada kat dataran ni....nampak menarik jerrr
 dari jauh kan??? Untuk pengetahuan korang, Dataran Pahlawan di Bandar Hilir 
merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956.

Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. 
Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London 
 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau 
mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 

Kat dataran tersebut, terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan
 Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden 
Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya 
iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial
Melaka, Kota A’Famosa dan juga Menara Taming Sari.

Hmmm sempat jugak laa aku snap beberapa pic kat dataran ni....comel je dataran 
ni.....Lepas tu, aku terus menuju ke Mahkota Parade untuk shopping jap..hehehee....aku 
mane taw bab2 shopping ni..agpon org pompuan jerr reti bab2 ni....aku singgah sini pun
 sebab nak makan...lapar ahhhh....penat round2....tapi sempat jugak laa shopping 
sikit...hehe...sekali sekala kan???? Ingat orang laki x reti shopping kerr????

 Masa ni aku kat Dataran Pahlawan..Nampak tak papan tanda tu..???



Menarik tangga ni sebab lukisan tu bersambung-sambung dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain.,.. 



 Aku memang suka tengok ikan ni berenang..!! Dahla besar & ada macam2 warna..!!!


Ada macam2 ukiran kat dinding tu...dekat dalam air tu laa ikan ni berenang...!!



Aku suka yang warna putih ni sebab comel dan besar..!!



Korang taw x apa benda ni??? sebenarnya makanan, mungkin macam keropok.. aku snap pic ni pon masa tuan die  takde..!!! nampak unik & menarik dari jauh..!!!



Masa ni hari hampir senja..!! ingat nak makan kat sini tapi last2 lalu jerrr...jd snap pic kedai ni pon jadi laa kan/??? nanti aku singgah lain kali laa ye..!!


Ramai betul orang kat sini...aku just shopping kejap je...saje amik peluang sebab dah datang kan???



 :@@ Penat aku update blog ni...aku nak g kelas lak ni...tu update cepat2 ni..!!! sampai sini je cter aku g Melaka.... jumpa lagi utk entry akan datang.....@@
-THE END-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...