Assalamualaikum....
Dah lama x update blog...kali ni aku nak kongsi citer aku jalan2 kat Melaka last week...
Orang kata jauh berjalan,banyak pengalaman dan
pengetahuan...17/03/2012 aku mendapat jemputan jalan2 kat Melaka...so,bila
peluang ada depan mata ni,rugi kan kalau x rebut???? Tepat jam 11 pagi,aku
memulakan perjalanan ke Melaka bersama member2 terdekat...Perjalanan aku
memakan masa hampir 1 jam setengah dari USIM ke Melaka...uihhhhh penattttt!!!!
Tempat pertama yang aku pergi of course laa Menara Taming
Sari...Sebab tak pernah naik kn,so teruja sikit laaa...Ni aku nak citer sikit
pasal menara ni...
byk x kereta...???hujung minggu laa katakan...
tinggi tak..????
ni laaa menara taming sari...
Menara Taming Sari merupakan menara pandang
setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar
360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara
ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Menarik kan??? Kos
pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Fuhhhh mahalnyerrr!!! Menara ini dibuka
secara rasmi pada 18 April 2008.(Dah lama dah bukak tapi
tahun 2012 ni baru dapat peluang naik!!) So,sape2 yg melancong ke Melaka,jgn
lepaskan peluang untuk menikmati panaroma Bandar Melaka melalui menara ni...Rekaannya
adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga
66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam
dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Tapi
masa aku nak bayar tiket tu, harga dia RM10 je bagi dewasa dan kanak-kanak RM7...Menara tersebut dibina menggunakan kepakaran dari Negara Switzerland yang mampu mengangkut seramai
240 penumpang dalam tempoh sejam. Hebat tak??? Satu sesi putaran akan mengambil
masa kira-kira 7 minit. Masanya agak singkat tapi aku puas ati jugak laa coz
dapat snap beberapa pic untuk koleksi aku...
Lokasi asal menara ini
adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys)namun dipindahkan di tapak baru sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan
tembok lama zaman Kesultanan Melayu
Melaka selain
memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang
diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
snap dari atas_nampak River Cruise...
panorama Bandar Melaka
Muzium Samudera dari atas...kecik jerrr aku tengok tapi bile depan2, besarnyeee
ni Menara Taming Sari pada waktu malam..
Tepat pukul 2, aku terus
planning nak jalan2 kat Bukit St Paul...Penat ahhh naik tangga...Tinggi sangat nak sampai kat bukit tu...Sampai je kat bukit ni,banyak sgt peninggalan kat sini kerana bukit ini
merupakan sebahagian daripada peninggalan sejarah di Bandar Tua Melaka...Ni
jerr laa gambar yang aku sempat snap...
aku dah penatttt naik tangga...!!! berhenti rehat jap..!!
gambar ni aku snap sambil kaki menaiki tangga..
akhirnya...sampai jua!!!
sebahagian daripada peninggalan yang ada...
Bukit St Paul...Ramainya orang..!!!
Kat sini,aku dapat sedikit info
tentang Bukit St Paul. Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Melaka di zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas itu, ia juga dikenali sebagai Bukit
Bendera. Nama Bukit St. Paul diambil dari nama Gereja St. Paul yang sehingga
kini masih terdapat runtuhannya di kemuncak bukit ini. Di sini juga terdapat
rumah api yang dibina di zaman awal Inggeris di Melaka.
Dari puncak bukit
ni, aku dapat melihat Kota A’Famosa yang terletak jauh di bawah. So, terpaksalah
aku turun mengikut anak tangga yang berpuluh-puluh ni...Sememangnya diakui Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka.
Pintu gerbang ini merupakan peninggalan Portugis dan sebuah kubu yang begitu
mantap pada suatu masa dahulu. Aku nak kongsi pasal sejarah kota ni
dengan para blogger semua.
dari puncak Bukit St Paul (arah belakang)
Kota A'Famosa
Kota A’Famosa
(bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh
Portugis sebaik sahaja mereka berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A’Famosa
terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka
dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di
Asia.
Selepas penawanan
Portugis, A’Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas
menakluk Melaka pada tahun 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis
menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan
orang-orang Melayu. Mereka membina kubu utama yang digelar "A’Famosa"
atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A’Famosa mengambil
masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat cuaca yang panas terik dan kekurangan
makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi
membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan
kota A’Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerqueboleh dikatakan menjadi
lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis
membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kubu ini dahulunya mempunyai tembok yang panjang
dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat
atau ketelom
(bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara
tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes,
Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata,
kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi
dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. Kubu
ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir
Portugis dari Melaka. Mereka telah
mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana kesannya boleh
dilihat pada pintu gerbang itu. Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk
semasa pencerobohan Belanda apabila ia bertukar tangan kepada pihak British,
mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu
dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang
melawat Melaka ingin campur tangan kerana beliau amat berminat dengan sejarah.
dari arah depan