Daisypath Vacation tickers

Monday 7 May 2012

TRIP TO MALACCA PART THREE (3)


Assalamualaikum...

      Ni aku nak sambung trip aku yang part 3 pulak...Ni part yang last bagi trip aku ke 
Melaka...So, ni je yang aku dapat update untuk korang...

Setelah hampir satu jam aku di sini, aku memutuskan untuk meneruskan perjalanan aku ke tempat lain pula...Tapi, sebelum keluar daripada kawasan muzium ni,apa kata kita singgah sekejap kat taman bunga ataupun lebih dikenali sebagai taman larangan pada zaman tersebut. Ianya terletak di luar muzium tersebut iaitu berhadapan dengan pintu muzium. Penat ahhhhh banyak berjalan ni...Lenguh kaki...Kat sini aku mendapat sedikit info berkaitan taman ini, Kalau korang nak tahu, berdasarkan catatan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan Kelantan pada abad ke-16 dikenali dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Sebab tu sesetengah pihak mengatakan perkembangan landskap di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka kira-kira sekitar abad ke-14 dan ke-15. Oleh yang demikian, maka wujudlah landskap di mana hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di Tanah Melayu yang memperkenalkan juga konsep rekreasi dan kawasan awam.



 Tengok laa bunga kebangsaan kite nie...Bunga Raya..!!! Warna merah tu memikat..!!


Nampak macam taman larangan betul kan..???


Ni aku tak taw bunga ape..snap gmbar bunga ni pun sebab bunga ni menarik & warna kuning terang..!!!



Sebenarnya, aku keletihan..,, tapi nk jgk amik gmbar kat air terjun kecik ni..!!


gaya aku mcm org dah tak larat..!!kuat sangat berjalan dari tadi..!!


Setelah keluar daripada muzium, aku terus menuju ke Memorial Pengisytiharan 
Kemerdekaan yang terletak di luar pintu utama kawasan muzium. Memorial ini mempunyai sejarah yang tersendiri..Kalau nak tahu, baca laa sejarah yang aku tulis ni...
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan  dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Julai 1985. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai.  Penubuhan memorial ini bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah yang silih berganti. Perjuangan yang bermula seawal tahun 1511 mengambil masa selama 446 tahun dan diakhiri dengan pengisytiharan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Memorial ini mengimbau sejarah perjuangan kemerdekaan dengan memaparkan pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah dan cop mohor serta bahan-bahan artifak yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Terdapat juga kereta yang digunakan semasa perarakan sambutan merdeka 1957 serta 2
 buah kereta perisai yang digunakan semasa darurat yang dipamerkan di bahagian luar 
bangunan memorial. Bangunan ini terletak betul-betul berhadapan dengan Padang Bandar 
Hilir Melaka iaitu tempat di mana Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh
 kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdeka dari London. Peristiwa yang berlaku 
pada tanggal 20 Februari 1956 merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan 
kemerdekaan negara.  Kalau korang teringin sangat nak tengok keris yang dijulang oleh 
Tunku Abdul Rahman semasa mengisytiharkan tarikh kemerdekaan, 
Datanglah ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini....!!!


Ni laa Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan..!!!




Ni mungkin kereta yang digunakan semasa perarakan tu..!!



 Ni kereta perisai yang digunakan semasa darurat...

Selepas itu, aku terus menuju ke Dataran Pahlawan yang terletak berhadapan dengan 
bangunan memorial tadi. Kita tengok apa yang ada kat dataran ni....nampak menarik jerrr
 dari jauh kan??? Untuk pengetahuan korang, Dataran Pahlawan di Bandar Hilir 
merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956.

Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. 
Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London 
 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau 
mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 

Kat dataran tersebut, terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan
 Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden 
Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya 
iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial
Melaka, Kota A’Famosa dan juga Menara Taming Sari.

Hmmm sempat jugak laa aku snap beberapa pic kat dataran ni....comel je dataran 
ni.....Lepas tu, aku terus menuju ke Mahkota Parade untuk shopping jap..hehehee....aku 
mane taw bab2 shopping ni..agpon org pompuan jerr reti bab2 ni....aku singgah sini pun
 sebab nak makan...lapar ahhhh....penat round2....tapi sempat jugak laa shopping 
sikit...hehe...sekali sekala kan???? Ingat orang laki x reti shopping kerr????

 Masa ni aku kat Dataran Pahlawan..Nampak tak papan tanda tu..???



Menarik tangga ni sebab lukisan tu bersambung-sambung dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain.,.. 



 Aku memang suka tengok ikan ni berenang..!! Dahla besar & ada macam2 warna..!!!


Ada macam2 ukiran kat dinding tu...dekat dalam air tu laa ikan ni berenang...!!



Aku suka yang warna putih ni sebab comel dan besar..!!



Korang taw x apa benda ni??? sebenarnya makanan, mungkin macam keropok.. aku snap pic ni pon masa tuan die  takde..!!! nampak unik & menarik dari jauh..!!!



Masa ni hari hampir senja..!! ingat nak makan kat sini tapi last2 lalu jerrr...jd snap pic kedai ni pon jadi laa kan/??? nanti aku singgah lain kali laa ye..!!


Ramai betul orang kat sini...aku just shopping kejap je...saje amik peluang sebab dah datang kan???



 :@@ Penat aku update blog ni...aku nak g kelas lak ni...tu update cepat2 ni..!!! sampai sini je cter aku g Melaka.... jumpa lagi utk entry akan datang.....@@
-THE END-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...