Daisypath Vacation tickers

Monday 13 August 2012

LAILATUL QADAR...


Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog...ni pon just update tentang lailatul qadar...malam yang lebih baik daripada seribu bulan... Semoga anda semua terus istiqamah melakukan qiamullail....






Monday 6 August 2012

INDAHNYA NUZUL QURAN...

Assalamualaikum...

Peristiwa Nuzul Quran merupakan sejarah yang penting dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W kerana pada 17 Ramadhan, Al Quran telah diturunkan secara berperingkat kepada baginda....

'Nuzul' bererti turun manakala 'Al-Quran' bererti bacaan ataupun himpunan...Al-Quran adalah mukjizat terbesar bagi Nabi Muhammad S.A.W dan merupakan penerang bagi semua umat Islam...

Segalanya terdapat di dalam Al-Quran baik soal ibadat, feqah, sains, muamalat dan sebagainya....

Al-Quran juga adalah nur ( cahaya ) yang menerangi, al-Furqan bermaksud membezakan antara hak dengan yang batil...dan Al-Zikr pula bermakna memberi peringatan kepada manusia...






Lima ayat pertama dari Surah Al-Alaq, maksudnya :


Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,- Ia mengajar manusia apa yang dia tidak ketahuinya...


(Surah Al-Alaq : Ayat 1-5)

P/S : Selamat bercuti dan Selamat menyambut Nuzul Quran....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...