Daisypath Vacation tickers

Friday 23 March 2012

TRIP TO MALACCA PART ONE (1)

Assalamualaikum....

Dah lama x update blog...kali ni aku nak kongsi citer aku jalan2 kat Melaka last week...
Orang kata jauh berjalan,banyak pengalaman dan pengetahuan...17/03/2012 aku mendapat jemputan jalan2 kat Melaka...so,bila peluang ada depan mata ni,rugi kan kalau x rebut???? Tepat jam 11 pagi,aku memulakan perjalanan ke Melaka bersama member2 terdekat...Perjalanan aku memakan masa hampir 1 jam setengah dari USIM ke Melaka...uihhhhh penattttt!!!!
Tempat pertama yang aku pergi of course laa Menara Taming Sari...Sebab tak pernah naik kn,so teruja sikit laaa...Ni aku nak citer sikit pasal menara ni...



byk x kereta...???hujung minggu laa katakan...


tinggi tak..????


ni laaa menara taming sari...

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Menarik kan??? Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Fuhhhh mahalnyerrr!!! Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008.(Dah lama dah bukak tapi tahun 2012 ni baru dapat peluang naik!!) So,sape2 yg melancong ke Melaka,jgn lepaskan peluang untuk menikmati panaroma Bandar Melaka melalui menara ni...Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Tapi masa aku nak bayar tiket tu, harga dia RM10 je bagi  dewasa dan kanak-kanak RM7...Menara tersebut  dibina menggunakan kepakaran dari Negara Switzerland yang mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Hebat tak??? Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Masanya agak singkat tapi aku puas ati jugak laa coz dapat snap beberapa pic untuk koleksi aku...

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys)namun dipindahkan di tapak baru sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.


snap dari atas_nampak River Cruise...


panorama Bandar Melaka

Muzium Samudera dari atas...kecik jerrr aku tengok tapi bile depan2, besarnyeee

ni Menara Taming Sari pada waktu malam..


Tepat pukul 2, aku terus planning nak jalan2 kat Bukit St Paul...Penat ahhh naik tangga...Tinggi sangat nak sampai kat bukit tu...Sampai je kat bukit ni,banyak sgt  peninggalan kat sini kerana bukit ini merupakan sebahagian daripada peninggalan sejarah di Bandar Tua Melaka...Ni jerr laa gambar yang aku sempat snap...


aku dah penatttt naik tangga...!!! berhenti rehat jap..!!


gambar ni aku snap sambil kaki menaiki tangga..


akhirnya...sampai jua!!!

sebahagian daripada peninggalan yang ada...

Bukit St Paul...Ramainya orang..!!!

Kat sini,aku dapat sedikit info tentang Bukit St Paul. Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Melaka di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas itu, ia juga dikenali sebagai Bukit Bendera. Nama Bukit St. Paul diambil dari nama Gereja St. Paul yang sehingga kini masih terdapat runtuhannya di kemuncak bukit ini. Di sini juga terdapat rumah api yang dibina di zaman awal Inggeris di Melaka. 

Dari puncak bukit ni, aku dapat melihat Kota A’Famosa yang terletak jauh di bawah. So, terpaksalah aku turun mengikut anak tangga yang berpuluh-puluh ni...Sememangnya diakui Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan Portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu. Aku nak kongsi pasal sejarah kota ni dengan para blogger semua. 


dari puncak Bukit St Paul (arah belakang)


Kota A'Famosa

Kota A’Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja mereka berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A’Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Selepas penawanan Portugis, A’Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu. Mereka membina kubu utama yang digelar "A’Famosa" atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A’Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat cuaca yang panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A’Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerqueboleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar  Melaka.
Kubu ini dahulunya mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka.  Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana kesannya boleh dilihat pada pintu gerbang itu. Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka ingin campur tangan kerana beliau amat berminat dengan sejarah.
dari arah depan
 ni laa meriam yang digunakan oleh pihak Portugis..

pintu gerbang Santiago

Panjang sangat entry aku kali ni....so, bersambung PART 2 mengenai trip aku ke Melaka....Insya-Allah akan diupdate kan secepat mungkin....

-SALAM INSPIRASI-

Thursday 8 March 2012

SAMSUNG GALAXY NOTE

DO YOU KNOW ABOUT SAMSUNG GALAXY NOTE????

SAMSUNG GALAXY NOTE is a new type of smartphone. It is ultimate device which consolidates core benefits of diverse mobile devices. It empowers with everything and it is truly smart.


Here's are some benefit of Galaxy Note :-
  • Large and immersive screen
  • Full screen utilization for fast and effective tasking
  • Free capturing and creation
  • Powerful perfomance

Display image



size



platform
Android™ 2.3(Gingerbread)
Gingerbread enhanced Samsung Galaxy Note  comes skinned with TouchWiz on top, allowing for a total of seven home screens, and an interface known as 'S Pen', which when used in tandem with the stylus, allows users access to the S Planner and S Memo – the S Planner is a native calendar and to-do list app, from which users can drag and drop appointments and change time slots without having to open an entry. The S Memo on the other hand, is used for note-taking and accepts voice, photo, text and handwritten input.



Value-added Features


  • Samsung Touchwiz/ Samsung Live Panel UX
  • S Memo/ S Planner/ S Choice (Apps for GALAXY Note)
  • Samsung Apps
  • Samsung kies 2.0/ Samsung kies air
  • Social Hub, Readers Hub, Music Hub
  • Google™ Mobile Services : Gmail™, Google Talk™,
  • Google Search™, YouTube™, Android™ Market,
  • Google Maps™ with Google Places™ and Google- Latitude™




Network


*HSPA + up to 21Mbps 850/900/1900/2100
*4G LTE
*EDGE/GPRS 850/900/1800/1900

Processor

*1.4GHz Dual Core Processor

Display

*5.3” WXGA (1280 x 800) screen*
*HD Super AMOLED

Video
*1080p Full HD video recording & playback
*Recording: 1080p@24~30fps
*Playback: 1080p@30fps
*Codec: MPEG4/ H.263/ H.264/ DivX, WMV, VC-1

Audio
*Codec : MP3, AAC, AMR, WMA, WAV, FLAC, OGG
*Music Player with SoundAlive
*3.5mm Ear Jack, Stereo FM Radio with RDS

Multi Input

*Full touch
*+ S Pen (Advanced smart pen)


Battery

*Standard battery, Li-on 2,500 mAh







Connectivity

*Bluetooth® technology v 3.0 + HS
*USB 2.0 HOST
*Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct

Sensor

*Accelerometer, Digital compass, Proximity,

*Barometer,Light

Memory

*16GB Internal memory

*+ microSD (up to 32GB)




Camera

*Main(Rear) : 8 MP with LED Flash / Front : 2 MP

*Action Shot, Beauty, Panorama Shot, Smile Shot



ANOTHER IMAGE FOR GALAXY NOTE...!!!








 phone cover





flip case







 galaxy note application








galaxy note cases




white colour





pink colour



galaxy note 2299 Samsung Galaxy Note Price in Malaysia

Galaxy Note Price In Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...