Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Aii skema glerr pembukaan blog aku....weiiii aku tengah excited gler ni tahu dak? Angpa nak tak tahu dak pasai apa? Pasai kawan cheq dok habaq mai kat cheq ada satu team tengah buat getaway....
Payah aihhh taip ikut loghat kedah ni....mau sakit tekak aku! ni pasai aku berjangkit dengan kawan aku ni....sebab sekarang aku tengah travel ke kedah tapi haram habuk pon tak dak aku punya entry pasai negeri jelapang padi tu....sibuk maaa!!
ok berbalik pada bahasa rasmi kebangsaan memandangkan tak lama lagi kan Hari Merdeka! Yeah!
Sebenarnya dua tahun kebelakangan ni, aku suka travel...dah banyak negeri aku jelajah tapi yang oversea hanya mampu sampai ke Thailand sahaja....ni sebab aku sangat sibuk dengan bisnes terbaru aku sampaikan cuti pown aku terpaksa jumpa klien lagi! tssk....
jadi itu sebab aku tak sempat nak update aku punya blog berbulan-bulan...pergi travel sana sini tapi haram gambar sekeping pon tak de aku share kat blog! Sume aku simpan dalam kamera canon aku!
Hampeh punya kerja!
Tapi, mulai saat ni mungkin aku kena curi sedikit masa untuk share dengan readers aku pasal travel aku yang sebelom ni...sebenarnya kawan aku ada bagitahu aku yang The Butterfly Project Malaysia ada buat getaway ke Lost World of Tambun....haishhh macam mimpi je aku masa dengar...! Tapi aku cuba jugak laa kembali ke alam nyata dengan membaca syarat-syarat penyertaan....
Memang aku tak pernah sampai lagi kat Lost World of Tambun yang terletak kat Ipoh tu....kawan-kawan aku ramai dok pung pang pung pang suruh aku pergi sana! tapi aku masih lagi belum berkesempatan untuk berholiday ke situ...maka aku mengambil peluang ni untuk travel bersama-sama dengan team butterfly! mane tahu dapat jumpa awek cun! hahahahaha...
oppss! mane tahu aku dapat jumpa dengan beauty bloggers dan berkenalan dengan mereka! Lagipon diorang hanya mintak sebab-sebab kenapa nak pergi Lost World of Tambun bersama dengan The Butterfly Project Malaysia...senang bukan?
Ok jom kita selongkar apa yang ada dekat Lost World ni....tapi mintak maap laa ye...sume gambar aku cilok dari page Lost World of Tambun....yela sebab aku kan tak sampai lagi kat sini...nanti dah sampai & kalau aku adalah salah seorang daripada 30 bloggers tu, akan ku kongsikan gambar-gambar percutian aku ke sana bersama kalian! Harap-harap lerrr team butterfly sudi pilih aku...
Haaa dah tengok gambar orang main Cliff Racer! Ni lah salah satu sebab kenapa aku nak sangat pergi Lost World of Tambun ni....sebab aku nak main cliff racer ni puas-puas hati aku....walaupon orang cakap gayat tapi peduli hape aku! kan lagi best kalau dapat bermain cliff racer ni bersama dengan blogger lain...mencabar woooo!!!
Lagi sebabnya aku tengok kat water park ni ade Adventure River & Tube Raiders....memang sesuai sangat laaa untuk lelaki Melayu terakhir macam aku ni main benda-benda macam ni....Hai team butterfly, pilih laa daku untuk travel bersamamu! heheheheh...
*kemain jiwang ayat
Untuk lelaki yang macam aku ni, memang suka benau kalau dapat berguling-guling mengalahkan heroin hindustan tu...ni memang terang lagi nyata yang aku benar-benar tertarik dengan hotel kat
Lost World ni....
Sebab ketiga adalah aku sukakan keindahan alam semula jadi & aku juga sukakan haiwan....bukan yang suka membedal macam buaya ye? mau tercabut tengkuk aku kalau tengok buaya!
dalam banyak-banyak binatang, aku paling suka binatang yang boleh terbang...sebab tu lah gambar kat atas ni banyak gambar burung...bukankah burung itu lagi comel daripada buaya? lagi-lagi kalau burung kakak tua, petah sangat cakapnye....seronok bukan melayan mereka jika benar-benar mahukan teman untuk berborak....hehehehe....
Bila aku belek-belek website Lost World, diorang memang sediakan satu tempat untuk pencinta binatang iaitu Lost World Petting Zoo.. kat dalam tu ada Bird Paradise, memang melompat lah haku nak pergi sebab aku memang sukakan burung....sekali lagi team butterfly memahami jiwa lelaki yang sukakan binatang! kihkihkih
Ni lagi satu team butterfly pakejkan sekali untuk sape-sape yang suka pergi spa...Engkau ingat gegurl je ke suka pergi spa? Lelaki pon ada sebab nak pergi spa, takkan laa hari-hari nak buat kat rumah, melainkan rumah korang tu ada Crystal Pool...ngeh ngeh ngeh....
Memang ternyata lah kannn sebab aku nak join travel ni, boleh laa pergi Foot Spa...boleh rendam-rendam kaki sambil tenangkan fikiran...al maklumlah sibuk jumpa klien, sekali sekala kena rehatkan tubuh dan tenangkan fikiran sambil teringat akan si jantung hati! hoisshh kemain aku berangan...
Part ni yang paling buat mata aku terbeliak dan terbelalak sekali! ni merupakn sebab di antara sebab kenapa aku nak join getaway ni dengan team butterfly! kemain banyak aku sebut nama team butterfly, ni bukan nak bodek ye tapi ni sebagai penghargaan juga buat diorang kerana dapat anjurkan getaway yang macam ni untuk bloggers...
Special thanks for them!
Ni namanya Amusement Park, ni adalah sebab terakhir kenapa aku nak travel ke Lost World, sebab aku gigih bebenau nak main Storm Rider & Dragon Flight! mencabar bukan? tapi kalau bloggers lain takut nak cuba, mungkin kita boleh cuba main Giddy Galeon! main beramai-ramai bukankah lebih meriah dan menyeronokkan?
Nampaknya setakat ni sahajalah coretan aku...muehehehe...dah cukup sebab musabab kenapa aku nak join getaway ni dengan team butterfly & juga beauty bloggers...untuk korang yang nak join jugak, boleh laa klik link di bawah dan tarikh tutup penyertaan adalah 31 Ogos 2013...So, cepat-cepat lah join...mane tahu rezeki korang kan?
*Thanks to team butterfly sudi jawab soalan aku..