Seperti mana janji aku dengan followers, kali ni aku nak cter trip aku
kat Melaka Part 2.. Jom kita singgah jap kat Istana ni..Kali ni aku nak cter
pasal istana ni pulak..Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan
Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika istana yang siap dibina pada 1984
direka berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina
istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka antara tahun
1456 dan 1477. (Hmmm lama kan Sultan Mansur Shah memerintah Melaka..!!!)
Muzium
tiga tingkat ini pada asalnya diberi nama Muzium Budaya sebelum bertukar nama
kepada Muzium Istana Kesultanan Melaka pada tahun 2005 yang sesuai dengan
fungsinya memelihara warisan Kesultanan Melayu Melaka. Struktur muzium ini
dibina dengan menggunakan kayu keras manakala atap muzium itu dibina
menggunakan kayu jenis Belian dan muzium itu dibina menggunakan sistem pasak
tanpa menggunakan paku.
Ni laaa Istana Kesultanan Melaka...!!
Jom
kita masuk...!!!! Of course kita pergi tingkat satu dulu kan???
Tingkat
satu muzium itu menempatkan sebuah Balairung Seri, satu beranda utama sebagai
tempat menyambut tetamu, enam beranda anak yang digunakan sebagai tempat
menunggu untuk menghadap Sultan, sebuah ruang untuk menyambut tetamu dan sebuah
ruang perbincangan.
Balairung
Seri muzium itu mempamerkan diorama suasana sebenar ketika pembesar menghadap
Sultan untuk membincangkan hal ehwal negeri manakala beranda di sekeliling
tingkat itu mempamerkan enam diorama menggambarkan suasana zaman itu di mana
pemain-pemain nobat yang mengalunkan muzik nobat untuk Sultan dan meraikan
kedatangan pedagang asing ke negeri ini.
Balairung Seri..
Pembesar menghadap Sultan
Maharaja China
Pemain muzik nobat
Aku
nak pergi sebelah sana pulak..Kita tengok apa yang istimewa kat situ selain
Balairung Seri. Rupa-rupanya bahagian yang paling istimewa di sini adalah diorama
yang dipamerkan di ruang perbincangan, iaitu pertarungan dua pahlawan legenda
zaman itu, Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempertahankan prinsip masing-masing. Mesti
korang dah sedia maklum tentang kehebatan kedua-dua orang pahlawan ni kan?? Selain
itu, ia juga mempamerkan pelbagai fakta sejarah yang memaparkan sejarah hidup
dua sahabat yang disanjung sehingga ke hari ini.
Ni aku nak citer sikit sejarah Hang Tuah dan
Hang Jebat :
Hang Tuah ialah seorang
pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan
Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu
Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) Menurut rekod sejarah, beliau
lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira
dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah
Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal
suatu ketika dulu, begitu juga dengan ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.
Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan
merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu
bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai
menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan
Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang
mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka
semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya
amat disayangi oleh Sultan sehinggalah Hang Tuah mendapat gelaran Laksamana. Semasa
mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah
telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam
pertarungan itu Taming Sari, adalah seorang pendekar yang kebal yang tidak
dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada
kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan
membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit
kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming
Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi
mendapatkan Tun Teja untuk
dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun
dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas
hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas
muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat
berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.
Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina disebabkan Melor
telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh
Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi
Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan
kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa
Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang
Tuah) atau
Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak untuk
menderhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau
panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana adanya
keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan
berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda berasa menyesal kerana
membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu
yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan
dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah
akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan
membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat
telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah
telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan.
Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika
dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang
tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari Sultan dan memang tidak
salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi
perbalahan orang Melayu sehingga sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang
Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja menderhaka kepada Sultan
bahkan telah membunuh ramai rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di
dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat
mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal
daripada Hang Tuah ialah "Takkan Melayu hilang di dunia" yang
bererti bangsa Melayu tidak akan rosak di bumi ini.
Gambaran pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat
Kekecohan yang berlaku ketika Hang Jebat menuntut bela
Sape yang intai ni..????
Ramai pedagang yang singgah di Melaka
Kat
sini aku nak bagi info pasal keris pulak..Orang zaman dahulu berasa amat bangga
jika memiliki sebilah keris tapi orang zaman sekarang lebih berbangga jika
dapat memiliki iPhone,iPad,handphone dan lain2...perbezaannya bagai langit dan
bumi kan??? tapi betul laa orang kata, barang yang digunakan mestilah sesuai
dengan kehendak zaman...tak logik pulak kalau nak guna keris pada zaman
sekarang kan?? Info macam ni boleh tambah sedikit pengetahuan kita tentang
sejarah kan walaupun SPM dah abis tapi ilmu tu tetap perlu dicari...
KEHEBATAN KERIS...????
Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan
mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada
dicederakan oleh mana-mana senjata.
Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. ( Negara Asia Tenggara je guna keris ni )..Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza – beza.
Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. ( Negara Asia Tenggara je guna keris ni )..Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza – beza.
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang
Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800
tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar
istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau
kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus
dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan
keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai
berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang
berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Sejarah senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat senjata telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Sejarah senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat senjata telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
Jom
kita naik ke tingkat dua pulak.. Tingkat kedua muzium itu pula menempatkan
replika sebenar bilik beradu Sultan Melaka yang lengkap dengan perabot serta
perhiasannya dan menurut cerita pada zaman itu, sesiapa yang memasuki bilik itu
tanpa kebenaran Sultan akan dihukum pancung. Huh...!!!! Kejamnya..!!!!
Ruang
khazanah di tingkat tiga pula digunakan sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis
senjata lama dan barang-barang lama yang tidak dipamerkan kerana ia merupakan
khazanah yang paling berharga..Agaknya lah kan??? dan bilik ini sentiasa
dikawal suhu serta keadaan persekitarannya supaya barang yang disimpan kekal
dalam keadaan baik.
Perkarangan
kawasan muzium itu tidak kurang hebatnya dengan adanya kota A'Famosa dan tapak
penggalian arkeologi Kota Melaka, Bastion Hendrieta Louisia yang sedang
diselidik oleh Jabatan Warisan Negara.
sempat lagi aku bergambar kat patung ni...hehehehe
Muzium
Istana Kesultanan Melaka juga menempatkan pelbagai jenis barangan daripada
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah artifak sebenar pada zaman itu
yang kebanyakannya diperoleh daripada masyarakat Melaka sendiri yang mewarisi
barangan itu daripada nenek moyang mereka dan ada juga sesetengah replika yang
diolah semula.
Mungkin
ramai yang tidak mengetahui masyarakat Melayu di Nusantara ini merekabentuk
beberapa jenis meriam antaranya meriam kecil mudah alih yang diberi nama 'Ekor
Lotong' yang panjangnya kira-kira 250cm. Korang kira sendiri laa panjang ke
tak...dan untuk pengetahuan korang jugak,
muzium
itu juga menempatkan tiga meriam Ekor Lotong di samping lebih 30 keris pelbagai
jenis, kebanyakannya jenis Keris Semenanjung berhulu Jawa Demam, lebih 15 bilah
parang pelbagai jenis dan lebih 20 tombak pelbagai jenis. Masa aku tengok
benda-benda ni kan, rasa nak amik wat koleksi kat rumah je..Sebab banyak
sangat, dapat 1 pon dah kira ok kan???
Silaunye gambar ni..tapi just nak show tombak ni jerrr...
Di samping itu,
pelbagai jenis pakaian ditempatkan di muzium itu di mana lebih 20 set pakaian
tradisional masyarakat Melayu di setiap negeri di Malaysia dipamerkan. Di
antaranya Baju kurung Teluk Belanga yang lebih dikenali
sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum
lelaki dan wanita. Baju kebaya dan baju kurung cekak musang juga turut
dipamerkan. Aku ni bukan tahu sangat pasal baju kurung ni tapi takkan masa
tengok baju ni,nak tengok saje kan??? So, baca laa serba sedikit apa yang
tertulis. Lagipun tu pun kira ilmu jugak. Tak rugi pun kalau tahu sekadar untuk
pengetahuan. Paling istimewa di
bahagian pameran pakaian ini juga ialah pameran 10 jenis lipatan tanjak yang
hanya boleh dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dan sembilan Sultan yang masih
memerintah. Kalau korang
nak tahu, menjadi satu kesalahan untuk rakyat biasa (macam kita) memakai tanjak
yang dilipat berdasarkan lapan jenis lipatan ini antaranya "Lipatan Dendam
Tak Sudah" yang hanya boleh dipakai Yang di-Pertuan Agong ,"Lipatan
Ketam Budu" yang hanya boleh dipakai Sultan Kelantan dan "Lipatan
Singa Menoleh" yang hanya boleh dipakai Sultan Johor.
Ni lipatan berbentuk bunga...maybe lipatan kain songket kot...
ada berbagai jenis lipatan tanjak mengikut negeri masing2..
Ni pakaian tradisional Kelantan..
yang ni mungkin Baba dan Nyonya
Ni baju kebaya labuh tapi x ingat negeri mana...
Kalau x silap, ni pakaian tradisional Pulau Pinang..
Selain
itu, muzium ini juga menempatkan lebih 20 jenis tembikar. Kebanyakannya jenis
tembikar Cina dan lebih daripada 30 barangan tembaga. Kat sini jugak turut
mempamerkan pedang bangsawan Melayu, tepak sireh, pahar dan cucuk sanggul.
Ada berbagai jenis...!!
Keciknya tembikar ni...!!
Unik kan tembikar ni...??
Ni barangan tembaga..
Banyaknya cucuk sanggul..!!
Ni pulak cincin emas yang dipakai golongan Diraja
Ni adalah kerongsang yang dipakai oleh permaisuri...
Tapi kat sini yang paling menarik perhatian aku adalah terdapat lebih 10 replika kecil istana tradisional di Malaysia. Antaranya Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan dan Istana Kenangan di Perak. Di samping itu, muzium ini juga mempamerkan Istana Tradisional di Indonesia. Antaranya Istana Pagaruyung di Batu Sangkar dan Istana Sayap Pelalawan di Riau. Hohoho...Menarik tak??? Aku suka sangat dengan replika yang bentuknya kecil...Dahlaa comel,kemas pulak tu...!!!
replika istana...
batu bersurat..!!
Muzium
ini dibuka pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang dan tiket
pula berharga RM2 untuk orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak atau pelajar
sekolah. Murah je kan??? So, kalau pergi Melaka, jangan lupa singgah kat muzium
ni...
Ketika
zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, bahasa pertuturannya ialah lebih
daripada 80 jenis bahasa. Aduiiii....!!! Banyaknya...!!!! tapi kagum kan sebab
ramai pedagang yang singgah di Melaka.
Sememangnya,
Melaka amat dikagumi oleh masyarakat dunia apabila Melaka diiktiraf sebagai
Bandaraya Warisan Dunia oleh United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organisation (Unesco) pada 7 Julai 2008.
Secara
keseluruhannya, muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu
dengan memaparkan pelbagai sejarah dan barangan yang melambangkan ketamadunan
masyarakat Melayu.
--
Sumber daripada BERNAMA—
P/S : Sorry, terpaksa update entry ni cepat2 memandangkan lebih 2 minggu x update...sibuk sangat2 dengan assignment...Insya Allah trip aku yang ketiga akan diupdate kan secepat mungkin...
kuat laa g derak....
ReplyDeletebeselh...bak kata org jauh prjalnan mka luaslh pmandangan n luas jgk lh ilmu....hehehe
Deletepjg sgt la.nk bce pn mls.tgk gmbr je la.g derak x ajk...huhu
ReplyDeletebeselh 2...ak bkn bcerita sj 2...ak bcerita skli ng fkta..blh je nk tgk gmbr sj pn tp rugilh stakat tgk gmbr je sdgkn mklmat tntg tmpt 2 kau xth.. 6t lh kte g 1 kls k..bru sng...hahaha
Deletenk bwk ktorg satu kelas ek???bez nye...akn ku tgu wktu itu....huhu...^_^
Deleteble2 pn blh g tp sumeny kuar kn duit sndiri k..ak just bw je...
Deleteyela...xkan nk gne duit ko plak, nti xde la duit utk ko kawin...huhu...aq nmpk bayang2 sorg pompuan r dlm bbrp pic kat ats tu...awek ko ek???hehehe...
ReplyDeleteAda ke tnya soalan cepu emas tu..???? nk kawin tu lambat ag la...!! nanti aku nk kawin, aku jemput kau ek../???
Deleteerm...jmput tau...tp kwin tu bkn soaln cepumas ag stkat ni...huhu...yg aq t'tny2 skrg ni, pic tu.,...hehe...
Deleteinsyalh...6t ak jmput sume...xpyh nk t'tnya2 sgt lh...yg pnting mu dpt mnfaat dr sume entry2 yg ak msk kn 2....
Deletehuhu...insyaAllah...^_^
ReplyDelete