Daisypath Vacation tickers

Monday 6 August 2012

INDAHNYA NUZUL QURAN...

Assalamualaikum...

Peristiwa Nuzul Quran merupakan sejarah yang penting dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W kerana pada 17 Ramadhan, Al Quran telah diturunkan secara berperingkat kepada baginda....

'Nuzul' bererti turun manakala 'Al-Quran' bererti bacaan ataupun himpunan...Al-Quran adalah mukjizat terbesar bagi Nabi Muhammad S.A.W dan merupakan penerang bagi semua umat Islam...

Segalanya terdapat di dalam Al-Quran baik soal ibadat, feqah, sains, muamalat dan sebagainya....

Al-Quran juga adalah nur ( cahaya ) yang menerangi, al-Furqan bermaksud membezakan antara hak dengan yang batil...dan Al-Zikr pula bermakna memberi peringatan kepada manusia...






Lima ayat pertama dari Surah Al-Alaq, maksudnya :


Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,- Ia mengajar manusia apa yang dia tidak ketahuinya...


(Surah Al-Alaq : Ayat 1-5)

P/S : Selamat bercuti dan Selamat menyambut Nuzul Quran....



2 comments:

  1. selamat bercuti dan selamat beramal di bulan puasa ni....

    ReplyDelete
  2. jemi wei...bkpo shoutbox mu xleh tgk ni???mu remove ke???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...